Kelebihan Menyusukan Bayi




Ibu-ibu yang berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu badan secara eksklusif mendapat manfaat (kelebihan) yang banyak kepada ibu dan bayi.. Allah juga ada menyebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233..



yang bermaksud......
 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."[quran.com, 2:233]

Antara kelebihan atau fadhilat seorang ibu yang menyusukan bayi (dari segi Islam) ialah:
  1. Untuk setiap titik susu badan ibu yang diberikannya kepada bayi, si ibu akan mendapat satu  pahala.
  2. Malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga adalah wajib bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 setengah tahun), serta beramal soleh (taat kepada perintah Allah), dan taat kepada suami sepanjang tempoh penyusuan itu.
  3. Ibu (wanita) yang memberi susu badan kepada bayinya yang menangis, akan diberi pahala satu tahun solat dan puasa oleh Allah.
  4. In Shaa Allah, susu ibu akan dapat mengurangkan risiko anak terkena penyakit seperti batuk dan selsema.
  5. Pemberian susu ibu kepada anak dapat membantu perkembangan dan kesihatan fizikal serta jiwa anak-anak.
  6. Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah ke atas ibu-ibu yang tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit.

Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan, tanpa diberikan makanan sampingan lain, tanpa susu formula, dan tanpa air masak.

Faedah pemberian susu ibu kepada bayi:
  1. Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon yang mampu beri perlindungan kepada bayi daripada beberapa masalah seperti:
  2. Mengikut kajian dari Profesor Catharina Svanborg (pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden), susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko bayi mendapat kanser.
  3. James W. Anderson (ahli Universiti Kentucky) menyatakan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan adalah 5 kali tinggi berbanding bayi lain. Namun begitu, bayi yang disusui kurang daripada 8 minggu tidak mendapat manfaat IQ ini.

Faedah pemberian susu ibu kepada ibu:
  1. Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal kerana ibu merembeskan sejenis oksitosin (hormon).
  2. Membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  3. Mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopause, kanser ovari.
  4. Allah menjadikan susu ibu mengandungi keperluan bayi yang mencukupi (lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak, kalsium, etc).
  5. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana semasa ibu menyusukan bayi, sentuhan dan rangsangan yang diberikan oleh ibu dirasai oleh bayi.

Oleh itu, adalah disarankan agar ibu-ibu janganlah menidakkan hak bayi kita. Berniatlah dari awal kehamilan bahawa anda ingin menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya sehingga anak kita mencecah usia 6 bulan.. in shaa ALLAH, Allah akan membantu kita dan memudahkan urusan kita. Berusahalah agar kita dapat menyusukan bayi kita secara eksklusif, untuk faedah dan kebaikan ibu dan bayi itu sendiri.

Amalkan Power Pumping, kerana itu dapat membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak.
in shaa ALLAH...


feel free to share | follow | tag Supplement4all

info dari sumber

Label: ,