Power Pumping



For Breast Pump
Pasti ada yang dah tahu apa itu "Power Pumping".. atau pun baru pertama kali mendengar tentang "Power Pumping"? Jom sama-sama kita memahami apakah yang dikatakan sebagai "Power Pumping".. bagaimana "Power Pumping" dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu ibu... bagaimana teknik yang betul untuk membuat "Power Pumping"?

"Power Pumping" merupakan suatu teknik mengepam yang dapat membantu ibu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. "Power Pumping" melibatkan teknik serta setup mengepam yang nampak biasa, tapi dengan cara yang lebih unik, bertujuan untuk men-duplicate bayi yang sedang menyusu (direct breastfeed (bf)) dan secara langsung membantu untuk meningkatkan susu ibu.

Bagaimana nak buat "Power Pumping" (kaedahnya)?


 Untuk Single Pump / Hand Expression


 Untuk Double Pump


"Power Pumping" in Weekends


Adalah digalakkan untuk membuat "Power Pumping" ini sekali sehari, seeloknya waktu malam sehingga ke subuh.. Ini kerana pengeluaran hormon adalah lebih tinggi pada waktu ini..

"Power Pumping" perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 1 minggu bagi mendapatkan hasil yang diingini.. in shaa ALLAH... Walaupun pada awal nya, jumlah hasil pam yang diperoleh sangat sedikit (setitik, dua titik, angin).. namun dengan doa, usaha serta tawakal kepada Allah S.W.T.. in shaa ALLAH, Allah akan membantu kita..

Apakah tip yang terbaik untuk mengepam...?

  1. Bagi yang beragama Islam, adalah digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal pagi untuk melakukan solat-solat sunat seperti solat tahajjud, solat hajat, dan sebagainya.. Sesudah solat, anda boleh meneruskan "Power Pumping".. Hati dan minda yang tenang dapat membantu menghasilkan susu dengan lebih banyak.. 
  2. Sekiranya anda mengambil supplement untukmilk booster (atau galactagogues), anda digalakkan untuk mengepam dalam jangka masa 45 minit sehingga 1 jam selepas pengambilannya.
  3. Untuk merangsang minda anda terhadap bayi anda, adalah disarankan anda meletakkan sesuatu yang akan mengingatkan (merangsangkan) anda terhadap bayi kesayangan (seperti gambar, blanket, atau bayi itu sendiri).
  4. Lakukan "Tandem Nursing", di mana bayi anda menyusu di sebelah breast, manakala di sebelah lagi anda lakukan pam.
  5. Selepas bayi telah selesai menyusu, adalah disarankan supaya anda mengepam. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi tidak minum 100% susu semasa menyusu. Maka dengan itu, pengepaman dapat membantu mengosongkan breast anda, dan membantu menghasilkan susu baru dan lebih banyak. 
  6. Pam setiap 2 hingga 4 jam sekali.
  7. Sentiasa berfikiran positif, redha, dan bersyukur.. Berapa oz pun yang anda perolehi, anda harus bersyukur dan tersenyum.. Jangan terlalu memaksa diri kerana itu akan menyebabkan anda stress, sekaligus mengganggu penghasilan susu. Teruskan konsisten mengepam, in shaa ALLAH, hasilnya akan bertambah baik hari demi hari...
  8. Rekodkan jumlah oz susu yang diperolehi bagi setiap sesi atau setiap hari agar anda dapat memantau (monitor) perkembangan serta dapat mempertingkatkan jumlah susu yang dihasilkan dengan tips atau strategi yang lain.

Moga perkongsian info ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.. ingat ye? Milk booster perlu disertai dengan teknik yang tepat untuk merangsang pengeluaran susu . Adalah perlu difahami bahawa konsep penyusuan yang betul adalah "supply and demand". bekalan akan terhasil melalui permintaan (demand), yakni melalui bayi yang menyusu serta perahan susu ibu.

Selamat Mencuba!

Label: , ,