Kebaikan dan Khasiat Vitamin D

Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Tahu kenapa vitamin D itu penting untuk kesihatan kita?

✔ Membantu menguatkan tulang
➴ Vitamin D membantu menyerap kalsium ke dalam tulang
➴ Vitamin D + kalsium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak
 
✔ Mengurangkan risiko kencing manis
➴ Lemak badan yang berlebihan memainkan peranan kepada risiko kencing manis dan kekurangan vitamin D
 
✔ Mengurangkan risiko multiple sclerosis
➴Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit ini berlaku

✔ Mengurangkan kemurungan
➴ Vitamin D memainkan peranan dalam perkembangan dan fungsi otak
➴ Pengambilan vitamin D yang secukupnya membantu mengurangkan symptom depresi
 
✔ Membantu mengurangkan berat badan
➴ Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai tahap vitamin D yang rendah
➴ Pengambilan vitamin D dalam diet seharian membantu mengurangkan berat badan

✔ Mengurangkan risiko penyakit jantung
➴ Kajian menunjukkan kekurangan vitamin D meningkatkan risiko mengalami serangan jantung
 
✔ Mengurangkan risiko cancer
➴ Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai kandungan vitamin D yang mencukupi kurang berisiko mendapat cancer
 

Selain daripada cahaya matahari, kita juga boleh mendapatkan sumber Vitamin D melalui pemakanan. Antara makanan yang mengandungi vitamin D ialah:
☀ Salmon ( 3 oz = 794 IU)
☀ Fortified Cereal ( 1 cup = 40 IU)
☀ Fortified Milk ( 1 cup = 120 IU)
☀ Kuning Telur (40 IU)

Apakah yang boleh menyebabkan anda kekurangan vitamin D?
✪ Berumur 50 dan ke atas
✪ Mempunyai berat badan berlebihan
✪ Alah kepada susu dan laktosa
✪ Mempunyai penyakit hati dan pencernaan

Berapa jumlah vitamin D yang anda perlukan?
⚘ Sehingga umur 70 tahun ➻ 600 IU
⚘ 71 tahun dan ke atas ➻ 800 IU



Oleh itu, pastikan kita mempunyai sumber vitamin D yang mencukupi.

Feel free to SHARE | LIKE | TAG Supplement4all



Label: ,