Jerebu

Jerebu sedang melanda kebanyakan negeri di Malaysia di saat ini. Jerebu merupakan satu keadaan di mana habuk, asam, particles, dan kelembapan menyelubungi langit dan mengganggu jarak penglihatan kita. Bacaan indeks udara di Seremban setakat jam 5 petang, 24 June 2013 mencatatkan 171 (hampir ke tahap "very unhealthy").

sumber dari http://apims.doe.gov.my/apims/

Bagaimana Jerebu boleh mengganggu kesihatan anda?


✇ Jerebu mengandungi particle halus yang amat kecil dan ringan. Ia juga memenuhi udara untuk suatu tempoh yang lama dan meningkatkan peluang untuk dihidu oleh manusia dan haiwan
✇ Apabila zarah tersebut dihidu, zarah yang berukuran 10 micron atau kurang itu boleh menyebabkan kerengsangan hidung, tekak, saluran pernafasan, kulit, dan mata
✇ Anda akan mengalami selsema, hidung berair, gatal mata, tekak kering atau batuk kering akibat terdedah dan terhidu pencemaran udara tersebut
✇ Jika anda mengalami asma, penyakit jantung, penyakit paru-paru, resdung kronik, dan alahan kulit, jerebu boleh menyebabkan keadaan kesihatan anda lebih teruk
✇ Zarah dalam jerebu tersebut juga boleh masuk ke dalam aliran darah apabila kita menghembuskan nafas jauh ke dalam paru-paru dan ianya dapat diserap oleh tisu-tisu asas
✇ Apabila zarah tersebut memasuki darah, zarah tersebut boleh berinteraksi dengan zat di dalam badan seperti kolesterol jahat yang seterusnya menghasilkan kesan seperti keradangan
✇ Kanak-kanak dan warga tua lebih terdedah kepada risiko kesihatan jerebu disebabkan oleh sistem imunisasi mereka lemah

Siapa Berisiko Tinggi?

☛ Kanak-kanak
☛ Warga Tua
☛ Perokok
☛ Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau luar rumah
☛ Mereka yang mengalami penyakit:
✔ Asma
✔ Bronkitis
✔ Radang paru-paru
✔ Penyakit paru-paru yang kronik
✔ Jantung
✔ Alahan

Apakah Kesan-kesan yang Boleh Dirasai?
☔ Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
☔ Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
☔ Mata terasa pedih dan berair
☔ Hidung berair dan kerap bersin
☔ Kulit badan terasa gatal-gatal
☔ Terasa sakit dada

Nasihat untuk Mencegah Penyakit daripada Jerebu

☁ Mereka yang mengalami penyakit (seperti dinyatakan di atas) perlu segera berjumpa doktor sekiranya keadaan pesakit bertambah teruk
☁ Mereka yang berada di dalam kumpulan yang berisiko tinggi perlu mengambil ubat atau supplement seperti yang dinasihatkan
☁ Natal mask (penutup hidung) perlu dipakai oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan, di tempat berhabuk, atau di kawasan di mana kumpulan tersebut berisiko tinggi
☁ Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di dalam rumah
☁ Orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di dalam rumah
☁ Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
☁ Dinasihatkan agar sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu
☁ Gunakan penghawa dingin di dalam kereta, bukan buka tingkap
☁ Perokok dinasihatkan agar BERHENTI MEROKOK apabila keadaan udara telah memasuki tahap udara tidak sihat (IPU > 100)
☁ Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan agar bercuti di luar kawasan berjerebu apabila keadaan jerebu berterusan dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka



Sama-sama kita menjaga kesihatan!
Mudah-mudahan ALLAH sentiasa bersama dengan kita.. Ameen..

Feel free to SHARE | LIKE | TAG Supplement4all


Label: ,