Fakta dan Mitos Tentang Kehamilan

Pasti anda rasa teruja apabila telah disahkan hamil. Bila UPT menunjukkan 2 line, hati tu pasti rasa gembira dan bersyukur atas pemberian Allah... Alhamdulillah... Sejak dari itu, anda akan menjaga kehamilan anda sebaiknya hingga ke saat baby dilahirkan.. betul kan? :) tapi tahu tak anda, Fakta dan Mitos dalam kehamilan? Apa yang orang kata, dan apa sebenarnya fakta? Kami nak share beberapa Fakta dan Mitos tentang kehamilan... 





MITOS:  Bila anda disahkan hamil, anda bukan lagi makan untuk diri anda sahaja.. tetapi makan untuk 2!
FAKTA: Keperluan pemakanan anda meningkat sepanjang kehamilan, tetapi keperluan tenaga yang diperlukan dari pemakanan hanya meningkat kira-kira 300 kalori sehari bagi trimester kedua dan ketiga.

MITOS: Proses bersalin akan lebih mudah apabila berat badan berkurangan semasa hamil.
FAKTA: Ibu yang tidak menambahkan berat badan semasa hamil berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kelahiran pra matang, yang juga boleh menyebabkan masalah jantung dan paru-paru.

MITOS: Sekiranya anda mendapat berat badan yang betul semasa hamil (berat ideal), tidak akan ada masalah penambahan lemak.
FAKTA: Kehamilan yang sihat termasuk dengan fat storage. Ini kerana badan anda memerlukan lebihan lemak ini bagi proses bersalin dan breastfeeding. 

MITOS: Ibu hamil mengidam sesuatu yang badan perlukan.
FAKTA: Ibu hamil boleh mengidam apa-apa pun. Ia tidak menunjukkan satu-satunya petanda kepada keperluan pemakanan anda.

MITOS: Ibu hamil yang sihat tidak akan mengalami masalah tidak selesa.
FAKTA: Loya, pedih ulu hati, dan sembelit adalah perkara biasa dalam kondisi ibu hamil. Namun begitu wanita yang mengamalkan pemakanan yang sihat, minum air yang banyak, selalu bersenam, dan mengamalkan pengambilan gula dan lemak yang tidak berlebihan boleh membantu mengurankan symptom yang tidak selesa ini.


Oleh itu, ibu-ibu sekalian.... Pastikan anda jaga pemakanan anda semasa hamil.. dan jaga kesihatan... Anda memerlukan nutrisi yang tinggi semasa kehamilan bagi menampung keperluan badan anda dan juga baby. 

Selamat Menempuh Alam Kehamilan!
Take EXTRA Care!


Label: ,